brand logo
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti

Kongsi

Ambil Tahu Tentang Risiko Seks Oral Ini

Oral seks merupakan stimulasi oral penis, cunnilingus atau vagina. Seks ini adalah cara terbaik untuk merangsang keintiman dengan pasangan anda.

Ambil Tahu Tentang Risiko Seks Oral Ini

Di samping beberapa kelebihannya, seks jenis ini juga mempunyai kekurangan pada kesihatan anda. Teruskan membaca untuk tahu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Kelebihan oral seks 

#1. Menimbulkan komunikasi dan keintiman

Kepuasan seks jenis ini memerlukan emosi sebenar dan komunikasi jujur dengan pasangan anda. Oleh itu, ia secara positifnya memperbaiki kehidupan seks dan hubungan anda secara keseluruhan.

#2. Memperbaiki tahap mood dan tekanan

Air mani mengandungi sprematooa dan kortisol yang dapat meningkatkan kasih sayang serta oksigen pada otak anda. Oleh itu, ia akan meningkatkan mood dan menghapuskan tekanan. 

#3. Oral seks – Melegakan kesakitan

oral seks

Oxytocin, endorphins dan bahan lain dirembeskan di dalam badan semasa orgasma. Lantas ia boleh mengurangkan kesakitan.

#4. Merawat kemurungan

Kombinasi semua manfaat di atas boleh merendahkan tekanan, mengurangkan kesakitan, memperbaiki kesihatan dan merawat kemurungan.

Keburukan oral seks 

#1. Risiko kanser tekak

Otis Brawley, MD, Ketua Pegawai Perubatan, Persatuan Kanser Amerika berkata bahawa anda mudah mendapat kanser tekak dengan melakukan seks oral secara berkala.

Tambahan pula, pengkaji mengatakan bahawa jika anda terdedah kepada HPV (human papillomavirus), anda berisiko tinggi untuk mendapat kanser ini.

#2. Penyakit berjangkit secara seksual

Beberapa penyakit lazim seperti HIV, herpes, sifilis, gonorrhea, HPV dan hepatitis virus boleh merebak antara individu melalui seks oral.

#3. Sifilis

oral seks

Sifilis biasanya wujud di bahagian alat sulit / genital atau dubur dan jarang berlaku pada puting payudara. Keadaan kesihatan ini kadangkala muncul pada bibir atau lidah yang diperoleh daripada mulut pesakit.

Seks jenis ini dilihat mempunyai kelebihan untuk pasangan pada masa-masa tertentu seperti dalam tempoh kehamilan. Tetapi, ia masih mempunyai kesan negatif pada kesihatan manusia.

Jika anda mendapat sebarang penyakit daripada seks jenis ini, sila hubungi doktor untuk mendapatkan nasihat jika mengalami sebarang tanda-tanda penyakit.

Hello Doktor Medical Panel
Hello Doktor Medical Panel
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/04/2021