brand logo
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti

Kongsi

Apa Perlu Buat Jika Tahap AMH Rendah?

Selepas melakukan ujian Hormon Anti-Mullerian (AMH), jika didapati tahap AMH anda rendah, jangan berputus asa. Meskipun ia membawa maksud rizab atau simpanan ovari anda tidak mencukupi dan anda mungkin menghadapi masalah untuk hamil, namun ketahuilah bahawa anda masih berpeluang untuk meningkatkan tahap AMH. Terdapat beberapa cara untuk anda meningkatkan tahap AMH secara semula jadi:

Apa Perlu Buat Jika Tahap AMH Rendah?

1 Tukar cara diet

Ambil pemakanan yang baik untuk ovari dan telur anda. Pilih makanan yang kaya dengan antioksidan, lemak sihat seperti omega-3, protein tanpa lemak, dan vitamin. Antara makanan yang baik untuk kesuburan adalah:

  • Susu penuh
  • Ayam belanda
  • Ayam
  • Daging pejal
  • Bijirin penuh
  • Salmon
  • Buah beri
  • Tiram
  • Brokoli
  • Sayuran hijau

2 Suplemen vitamin D

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang tidak mendapat vitamin D secukupnya adalah lebih cenderung untuk mengalami tahap AMH rendah. Pengambilan suplemen vitamin D setiap hari boleh membantu seseorang wanita meningkatkan tahap AMH mereka. Bukan itu sahaja, vitamin D juga membantu memelihara kesihatan ovari anda jika diambil beberapa hari. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil vitamin D kerana dos yang berlebihan boleh menjejaskan penyerapan kalsium tubuh anda.

3 Urutan

Kebanyakan wanita yang ingin hamil akan turut mencuba untuk mendapatkan urutan kesuburan, tidak kiralah jika tahap AMH mereka baik. Ini adalah kerana urutan boleh membantu mewujudkan persekitaran kondusif pada tubuh anda untuk kehamilan. Penggunaan minyak dan teknik urutan tertentu boleh membantu melegakan ketegangan pada badan dan menenangkan wanita. Dengan melakukan urutan kesuburan, anda boleh meningkatkan peredaran darah pada kawasan rahim anda, mengurangkan tekanan fizikal dan mental, dan membantu membetulkan tahap hormon.

4 Jangan stres

Jika anda ingin hamil, elakkan perkara yang boleh membuatkan anda stres dan dapatkan rehat sebanyak mungkin.

5 Suplemen L-arginine

Pengambilan suplemen L-arginine diketahui dapat meningkatkan fungsi ovari wanita. Walau bagaimanapun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor bagi memastikan pengambilan suplemen ini tidak menjejaskan fungsi ovari jika anda ada mendapatkan rawatan untuk keadaan seperti endometriosis, penyakit autoimmune atau jangkitan.

6 Bersenam untuk mendapatkan berat yang sihat

Ketahui indeks jisim tubuh (BMI) anda bagi mengetahui jika anda terlebih berat ataupun kurang berat badan. Ini kerana wanita yang terlebih berat badan dan kurang berat badan boleh mengalami masalah ketidakseimbangan hormon dan juga kitaran haid tidak teratur. Kajian juga menunjukkan bahawa diet, senaman, dan kehilangan berat badan boleh meningkatkan tahap AMH pada wanita yang terlebih berat badan.

Dengan memperbaiki tahap AMH anda boleh membantu anda meningkatkan peluang kehamilan dan jika anda memilih untuk melakukan rawatan IVF, peluang kehamilan juga akan jadi lebih cerah.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

  • Persediaan Sebelum Melakukan Ujian AMH” data-url=”https://hellodoktor.com/ms/kehamilan/rancang-kehamilan/persediaan-sebelum-melakukan-ujian-amh/” data-nonce=”93b2722ad7″>Persediaan Sebelum Melakukan Ujian AMH
  • Simpanan Ovum dan Ujian AMH

  • Ambil Tahu Simpanan Ovari Bantu Wanita Rancang Kehamilan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Doktor Medical Panel
Hello Doktor Medical Panel
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019