brand logo
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti

Kongsi

Jantina Bayi: Mampukah Ibu Bapa Menentukannya?

Jantina bayi merupakan sesuatu yang penting bagi sesetengah ibu bapa. Ini mungkin bergantung kepada faktor adat, budaya atau keinginan mereka sendiri. Setiap pasangan mempunyai peluang sebanyak 50/50 untuk hamil anak dengan jantina yang dikehendaki. Terdapat juga beberapa petua atau tip untuk ibu bapa menentukan jantina bayi dalam kandungan. Petua dan tip ini tidak salah untuk digunakan asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada ibu, bapa atau kandungan itu sendiri.

Jantina Bayi: Mampukah Ibu Bapa Menentukannya?

Berikut merupakan beberapa tip untuk mendapatkan bayi dengan jantina yang dikehendaki oleh ibu bapa.

Metode semulajadi

Metode The Shettles merupakan strategi yang paling selamat dan berkesan untuk memilih jantina bayi anda.

Untuk mendapatkan bayi lelaki:

  • Lakukan persetubuhan ketika atau paling hampir dengan waktu ovulasi berlaku. Ini kerana kromosom-Y bergerak lebih laju berbanding kromosom-X. Disebabkan itu, kromosom-Y mampu untuk sampai ke telur lebih awal berbanding kromosom-X.
  • lakukan persetubuhan dengan teknik penetrasi yang lebih dalam. Jarak yang dekat ini akan memberi kelebihan untuk sperma kromosom-Y sampai ke telur lebih awal.
  • Wanita yang mencapai orgasma sebelum atau pada masa yang sama dengan pasangan lelaki dapat meningkatkan rembesan alkali di dalam vagina. Ini turut memberi kelebihan kepada kromosom-Y

Untuk mendapatkan bayi perempuan:

Lakukan persetubuhan 2-3 kali sehari sebelum ovulasi. Elakkan persetubuhan pada waktu ovulasi sedang atau hampir berlaku sehingga 2 hari selepas ovulasi. Selain itu, lakukan persetubuhan pada hari terakhir ovulasi berlaku yang boleh dikesan dengan cecair serviks yang keluar dengan lebih banyak. Selain itu, anda perlu memastikan anda dan pasangan melakukan perkara seperti berikut:

  • Lakukan persetubuhan dengan teknik penetrasi yang tidak terlalu dalam.
  • Wanita perlu mengelakkan orgasma ketika penetrasi.

Metode berteknologi tinggi

Teknik MicroSort merupakan metode yang mengasingkan sperma mengikut jantina menggunakan cahaya laser, pewarna dan cytometer. Sejurus selepas sperma diasingkan mengikut jantina, spesimen terbabit akan dimasukkan semulla ke dalam rahim wanita menggunakan teknik persenyawaan in vitro.

Pada tahun 2002, sebanyak 91% pasangan berjaya mendapatkan bayi perempuan yang diingini sementara sebanyak 73% pasangan berjaya mendapat kan bayi lelaki.

Selain teknik MicroSort, terdapat juga teknik lain iaitu preimplantation genetic diagnosis (PG) dan chorionic villus sampling (CVS) yang boleh digunakan untuk ibu bapa menentukan jantina bayi mereka. Namun begitu, kedua-dua teknik ini tidak disarankan oleh The American Society for Reproductive Medicine yang merupakan pakar-pakar reproduktif dari Amerika.

Tuntasnya, pemilihan jantina bayi mungkin penting untuk sesetengah pasangan. Namun begitu, kesihatan anda dan pasangan haruslah menjadi keutamaan. Berhubung dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang terbaik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Doktor Medical Panel
Hello Doktor Medical Panel
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019