brand logo
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti

Kongsi

4 Rahsia Tentang Shisha Anda Perlu Tahu

Shisha sangat popular di negara Arab. Di Malaysia pula, ia semakin mendapat tempat. Di sebalik rupanya yang cool dan menarik, mungkin ada beberapa fakta tentang shisha yang anda tidak tahu sebelum ini.

4 Rahsia Tentang Shisha Anda Perlu Tahu

Ikuti 5 rahsia shisha anda perlu tahu.

1. Kesannya sama seperti merokok

Menghisap shisha atau asap rokok secondhand dikatakan mempunyai kesan yang sama seperti merokok. Kepercayaan yang mengatakan bahawa shisha tidak membahayakan adalah salah sama sekali. Bahkan kepercayaan inilah yang bahaya dan merosakkan penghisap shisha.

2. Shisha mengandungi lebih banyak karbon monoksida

Kandungan karbon monoksida di dalam shisha mungkin sama atau lebih banyak daripada rokok biasa. Karbon monoksida menggantikan oksigen di dalam sel darah merah membuatkannya susah menghantar oksigen kepada sel-sel di dalam badan.

3. Terdedah kepada ketagihan

Sama seperti merokok, menghisap shisha meningkatkan kadar nikotin di dalam darah serta meningkatkan kadar degupan jantung. Ia merangsang badan untuk melepaskan dopamine yang bertanggungjawab memberikan rasa gembira. Apabila badan anda sudah terbiasa dengan kegembiraan hasil dari pelepasan dopamine, badan anda akan sentiasa meminta lagi. Itulah ketagihan.

4. Anda menghisap lebih banyak asap berbanding rokok biasa

Kebiasaannya, menghisap shisha mengambil masa lebih lama berbanding rokok biasa. Ia memakan masa lebih kurang 20 hingga 80 minit. Dalam tempoh yang sama, seseorang mungkin boleh menghabiskan sehingga 100 batang rokok.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Doktor Medical Panel
Hello Doktor Medical Panel
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019