brand logo
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti

Kongsi

Pesakit Gastrik Nak Cuba Puasa Penuh Tahun Ini? ELAK 6 Benda Ini & Amal 6 Perkara Berikut

Adakah gastrik menghalang seseorang untuk berpuasa? Namun ia bukan suatu keadaan yang disengajakan dan sering terjadi apabila perut kosong atau lambat diisi. Oleh itu ia sangat mudah terjadi ketika berpuasa.

Pesakit Gastrik Nak Cuba Puasa Penuh Tahun Ini? ELAK 6 Benda Ini & Amal 6 Perkara Berikut

Apakah tanda-tanda penyakit gastrik?

Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah :

  • Sakit di bahagian ulu hati
  • Kembung perut
  • Sendawa yang kerap
  • Loya dan muntah
  • Muntah darah atau najis berwarna hitam

Tip berpuasa bagi pesakit gastrik

Elakkan

  • Makanan bergoreng, buah-buahan citrus, produk berasaskan buah tomato
  • Makanan segera dalam tin/proses
  • Minuman bergas dan berkafein
  • Merokok
  • Tidur sebaik sahaja sahur dan berbuka
  • Berbuka dengan kuantiti yang banyak

Amalkan

  • Kurma kerana sumber gula sangat baik, berserat tinggi, mempunyai kalium dan magnesium
  • Amalkan karbohidrat atau makanan yang lambat cerna
  • Makanan dimasak secara panggang dan rebus
  • Berbuka dalam kuantiti sederhana dan jarakkan pengambilan makanan
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sepanjang Ramadan
  • Makan ubat pada waktu sahur jika sekali sehari dan waktu berbuka dan sahur jika dua kali sehari

Berjaga-jaga

  • Minum air seperti jus buah-buahan bukan berasid dan minuman yang mempunyai banyak kalium sebanyak mungkin antara waktu berbuka puasa dan sebelum tidur supaya badan dapat melaraskan tahap cecair untuk hari berikutnya.
  • Jika anda kelihatan letih, lesu dan pucat, komplikasi gastritis adalah pendarahan dalam perut serta kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin (darah merah).

Kajian menunjukkan kandungan asid paling tinggi pada waktu tengah hari. Oleh itu, jika mengalami gastrik yang teruk, dapatkan pandangan doktor kerana puasa mungkin memudaratkan.

Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Disemak oleh PakarDr. Muhamad Firdaus RahimDokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/06/2022