
Mengurangkan berat badan dapat dilakukan dengan pelbagai cara, terutamanya dengan diet sihat dan senaman. Namun, ada juga yang memilih jalan pintas dengan mengambil ubat pelawas atau julap yang sepatutnya digunakan untuk meredakan sembelit. Ramai yang mengatakan ubat ini dapat mengurangkan berat badan. Namun, selamatkah jika dilakukan?
Ubat pelawas atau julap digunakan untuk merawat sembelit dengan melembutkan najis dan membantu mendorongnya keluar daripada tubuh. Namun, berdasarkan kajian yang diterbitkan pada jurnal Pediatrics, didapati 10.5% wanita berusia 23 hingga 25 tahun menggunakan ubat ini untuk menurunkan berat badan mereka.
Mengapa ubat ini menjadi trend untuk mengurangkan berat badan? Menurut kajian, terdapat beberapa jenis ubat pelawas yang berfungsi dengan menarik air daripada tubuh ke usus. Ini membolehkan lebih banyak air diserap ke dalam tinja sehingga proses membuang air besar lebih lancar. Pengurangan air dalam tubuh inilah yang menyebabkan berat badan berkurang secara relatif.
Meskipun demikian, belum ada satu pun kajian yang bersetuju dengan penggunaanya untuk mengurangkan berat badan. Sebaliknya, pakar menegaskan bahawa menurunkan berat badan dengan pengambilan julap bukan cara yang efektif. Kenapa? Berikut beberapa alasannya.
Fungsinya untuk melembutkan tinja yang keras memerlukan banyak cairan di dalam tubuh. Setelah tinja lunak, cairan tersebut akan dibuang sekali. Jika anda tidak mempunyai cairan badan yang mencukupi, maka anda berisiko mengalami dehidrasi. Keadaan ini biasanya dikesan dengan sakit kepala, air kencing berubah warna dan kurang kuantiti, berasa sangat haus, tubuh lemah, kulit kering, dan pening kepala.
Turunnya berat badan sepatutnya menandakan lemak tubuh berkurang jumlahnya. Ini berbeza dengan kesan pelawas yang anda minum. Meskipun berat badan menurun, lemak dalam tubuh tetap ada. Hanya kadar air sahaja yang berkurang.
Berat badan yang berkurang bukan dari lemak, melainkan dari kadar air. Jadi, berat badan yang turun hanya bersifat sementara. Jika keperluan cecair anda kembali dipenuhi, berat badan akan kembali kepada angka asal.
Elektrolit adalah zat mineral yang larut dalam air dan berfungsi untuk membantu sel dan sistem badan bekerja secara normal. Contoh elektrolit tubuh ialah klorida, natrium, kalium, magnesium, kalsium, dan fosfat.
Ubat pelawas boleh menyebabkan beberapa elektrolit dalam tubuh hilang sehingga jumlahnya tidak seimbang. Keadaan tersebut dapat menyebabkan kejang, kebingungan, dan koma. Semua keadaan tersebut adalah kesan sampingan berbahaya daripada penyalahgunaan ubat pelawas.
Penggunaan julap untuk mengurangkan berat badan memang kedengaran praktikal. Namun, terdapat banyak kesan sampingan negatif pada kesihatan tubuh, antaranya:
Oleh itu, jangan memudaratkan kesihatan anda semata-mata untuk menurunkan berat badan dengan kaedah yang salah. Pengamalan diet yang sihat dan aktiviti senaman bukan sahaja membantu menangani masalah berat badan, bahkan menjadikan mood dan kesihatan mental anda lebih baik.