Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes 1 atau 2, besar kemungkinan anda juga boleh mewarisi kencing manis keturunan ini.
Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes 1 atau 2, besar kemungkinan anda juga boleh mewarisi kencing manis keturunan ini.

Namun, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko mendapat kencing manis keturunan ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.
Individu yang menghidap jenis penyakit diabetes mempunyai kadar gula darah yang terlalu tinggi.
Terdapat beberapa jenis penyakit diabetes yang berbeza seperti diabetes jenis 1, diabetes jenis 2, dan diabetes kehamilan atau gestasi.
Diabetes boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius, termasuk penyakit jantung, masalah ginjal, strok, kebutaan, bahkan boleh menyebabkan anda hilang kaki jika ia menjadi kronik.
Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga dengan penyakit kencing manis keturunan, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko terkena penyakit tersebut.
Kami senaraikan 5 perkara yang perlu dipatuhi supaya anda tidak berisiko mendapat kencing manis keturunan.
#1. Ketahui risiko dan sejarah keluarga anda
Anda berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis keturunan jika anda atau mana-mana ahli keluarga mempunyai kriteria seperti berikut:
#2. Sentiasa aktif atau bersukan

Anda tidak semestinya perlu berlari berpuluh-puluh kilometer dalam sehari untuk mengurangkan risiko diabetes anda.
Anda hanya perlu sentiasa bergerak dan kekal aktif bersama ahli keluarga yang lain kerana ia sudah cukup untuk membantu anda menurunkan berat badan dan merendahkan risiko dapat kencing manis keturunan.
Bersiar-siar di taman permainan, berjalan-jalan di pusat beli-belah atau bersukan setiap hari adalah antara cara terbaik yang boleh dilakukan bersama keluarga.
#3. Perbetulkan semula pemakanan anda
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki pelan pemakanan atau diet harian anda. Antara tip yang boleh diikuti ialah:
#4. Kurangkan berat badan anda

Sekiranya anda atau mana-mana ahli keluarga perlu menurunkan berat badan, jangan risau kerana anda tidak bersendirian.
Institut Jantung, Paru-paru dan Darah Nasional Amerika Syarikat mengesyorkan untuk pengurangan kalori makanan sebanyak 500 hingga 1,000 sehari bagi menurunkan 1 kilogram dalam seminggu.
Anda boleh cuba turunkan antara 5 peratus dan 7 peratus daripada berat badan anda sekarang.
Contohnya, jika berat anda adalah 90 kilogram, anda mungkin perlu menurunkan sekitar 4 hingga 6 kilogram berat badan anda.
Dengan melakukan kaedah ini, anda akan dapat menurunkan kadar glukosa darah. Ia juga akan memperbaiki faktor risiko seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.
#5. Jangan lakukannya berseorangan
Terdapat banyak program yang tersedia di seluruh negara untuk membantu anda dan ahli keluarga mengurangkan risiko diabetes.
Apa yang paling penting, sentiasa lakukan sebarang perubahan dengan sama-sama mengajak ahli keluarga yang lain.
Jika anda mempunyai perancangan untuk berjoging di taman permainan, ajak kesemua ahli keluarga anda untuk sama-sama menyertainya.
Sekiranya anda mengesyaki bahawa seseorang dalam keluarga anda berisiko menghidap diabetes jenis 2, berbincanglah dengan doktor.
Doktor boleh memberikan maklumat atau membantu anda membuat perubahan gaya hidup yang sangat penting untuk mengurangkan risiko anda mengalaminya.
Anda sememangnya berisiko untuk mendapat kencing manis keturunan jika salah seorang ahli keluarga anda pernah menghidap penyakit kencing manis.
Namun, anda boleh kurangkan risiko tersebut dengan melakukan perubahan gaya hidup seperti yang dicadangkan di atas ini.
Setiap perubahan yang anda lakukan pastinya mempunyai kesan positif ke atas diri anda, dan semestinya ia bukanlah perkara yang rugi untuk dilakukan.