brand logo
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti

Kongsi

STOP Pukul Anak, 6 Kesan Ini Akan Membuat Anda Menyesal Sampai Tua!

Mendisiplinkan anak sememangnya merupakan tugas utama bagi pasangan ibu bapa namun kalian juga perlu tahu akan kesan pukul anak anda sendiri.

STOP Pukul Anak, 6 Kesan Ini Akan Membuat Anda Menyesal Sampai Tua!

Kadangkala, ibu bapa juga akan gagal untuk mengawal perasaan lalu memarahi, menghukum atau memukul anak yang telah melakukan kesalahan.

Lebih teruk lagi, ada juga ibu bapa yang sanggup menggunakan kekerasan dan memukul anak dengan tangan ataupun objek hanya disebabkan salah laku yang mungkin tidak setimpal dengan hukuman yang diterimanya.

Oleh itu pula, sila sentiasa sematkan dalam hati anda bahawa memukul tidak akan menyelesaikan masalah dan ia hanya akan mendatangkan pelbagai kesan negatif yang lain, seperti:

kesan pukul anak

1. Ia tidak akan mengajar anak anda apa-apa

Anda perlu tahu bahawa memukul anak tidak akan mengajar anak apa-apa.

Mungkin tidak wujud sebarang pengajaran atau pembelajaran yang boleh anak anda peroleh melalui hukuman yang berat seperti ini.

Paling bahaya, ia mungkin hanya akan menyebabkan anak anda mengalami parut pada badan akibat kecederaan dipukul oleh anda.

Kesan pukul anak #2. Mengeruhkan keadaan

Jika ibu bapa berpendapat bahawa memukul akan membuat anak anda tidak lagi melakukan kesalahan tersebut, anda sama sekali salah.

Ini kerana kanak-kanak mungkin tetap akan mengulangi kesalahan tersebut.

Dan jika ini terjadi, apa yang anda mungkin ingin lakukan? Tidak, pukul anak bukan jawapannya!

Kesan pukul anak #3. Menyebarkan keganasan

Jika anda sendiri yang membenarkan keganasan ini tersebar dengan memukul anak anda, maka tidak mustahil jika mereka juga terpengaruh dengannya.

Mereka akan beranggapan bahawa memukul merupakan jalan penyelesaian kepada setiap salah laku.

Ini hanya akan menyebabkan mereka memukul rakan-rakan mereka yang juga akan melakukan kesalahan.

4. Merendahkan nilai diri anak serta anda

Memukul anak anda sebenarnya bukan sahaja akan mencederakan fizikal mereka, malahan juga emosi mereka.

Ini hanya akan membuatkan mereka hilang rasa hormat terhadap diri sendiri sekali gus merendahkan nilai diri mereka.

Bukan kepada anak sahaja, ia juga akan merendahkan nilai diri ibu bapa yang memukul anak.

Anda perlu tahu bahawa pukul anak jika mereka melakukan kesalahan hanya akan memuaskan hati anda ketika itu sahaja.

Kesannya, anak anda akan rasa takut kepada anda dan anda sendiri sudah pasti akan rasa menyesal kemudian hari kelak.

kesan pukul anak

5. Membuat mereka benci akan anda

Sebagai kanak-kanak kecil, mereka masih belum mampu berfikir secara rasional.

Disebabkan itu, mereka akan menganggap bahawa hukuman memukul mereka adalah satu ketidakadilan, penghinaan dan rasa tidak dihargai.

Kesemua ini akan disimpan di dalam hati lalu menyebabkan mereka mula menyemai perasaan benci akan ibu bapa mereka sendiri.

6. Memberikan kesan negatif pada jangka masa panjang

Ibu bapa seharusnya tahu bahawa perbuatan memukul anak akan mendatangkan kesan negatif pada jangka masa yang panjang, seperti:

Paling membimbangkan, kanak-kanak yang terlalu terdedah kepada keganasan semasa kecil cenderung untuk mencontohinya.

Mereka mungkin akan menggunakan kekerasan ini untuk melakukan jenayah dan pelbagai kesalahan tingkah laku.

Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu mendisiplinkan anak anda daripada kecil lagi.

Anda juga perlu sentiasa ingat bahawa memukul bukanlah satu pilihan hukuman yang terbaik.

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak oleh PakarDr. Aisyah Syahira Abdul HamidDokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/05/2022