brand logo
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti

Kongsi

Gigi Anak Berkarat Dan Rongak, Ini 5 Cara Mencegah Kerosakan Gigi Kanak-Kanak

Masalah gigi kanak kanak rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada mereka. 

Gigi Anak Berkarat Dan Rongak, Ini 5 Cara Mencegah Kerosakan Gigi Kanak-Kanak

Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang. Masalah kerosakan gigi kanak kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah.

Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi kanak kanak, ibu bapa mesti memastikan penjagaan gigi dan mulut dilakukan secara berterusan setiap hari.

Bagaimana kerosakan gigi kanak kanak berlaku?

gigi kanak kanak

Faktor gigi anak rosak

Faktor utama kerosakan gigi berpunca daripada cecair, minuman atau makanan bergula yang diberikan kepada anak.

Minuman dan makanan ini mengandungi gula tersembunyi yang akan menyebabkan plak terbentuk sekali gus menyebabkan gigi rosak.

Selain itu,tabiat bayi dan kanak-kanak yang gemar menghisap botol juga boleh menyebabkan kerosakan gigi berlaku. Apatah lagi jika si kecil menghisap botol yang berisi minuman manis ataupun minuman jus bergula.

Langkah pencegahan gigi kanak kanak 

gigi kanak kanak

Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak.

Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.

Pilih ubat gigi bagi golongan ini yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi.

Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.

Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak oleh PakarDr. Aisyah Syahira Abdul HamidDokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022