
Keracunan makanan berlaku apabila kuman berada di dalam makanan. Dalam beberapa kes, kuman boleh berada dalam makanan yang kurang masak, makanan yang tidak ditapis atau disejukbeku dengan sempurna.
Kuman yang membawa kepada keracunan makanan termasuklah Campylobacter, Staphylococcus, Salmonella, and Escherichia coli. Virus, parasit atau toksin yang turut menyumbang kepada keracunan ini. Keracunan makanan merupakan salah satu daripada gastroenteritis.
Sesiapa sahaja termasuklah bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
Kebiasaannya, simptom keracunan makanan akan muncul secepat mungkin selepas seseorang itu makan makanan yang telah tercemar. Antara simptomnya adalah loya, muntah, kekejangan perut, badan berangin, cirit-birit, sakit kepala dan demam. Mangsa juga menunjukkan tanda-tanda dehidrasi. Simptom-simptom ini selalunya mengambil masa 24 hingga 48 jam untuk beransur kebah.
Dalam beberapa kes, keracunan makanan adalah tidak serius jadi anda boleh merawat anak anda di rumah. Ikuti arahan yang berikut:
Di hospital, doktor anda boleh cuba memeriksa najis bagi menentukan organisma penyebab sakit anak anda. Doktor juga boleh memberi antibiotik jika penyebabnya adalah bakteria. Walaubagaimanapun, kebanyakan sakit yang disebabkan oleh pemakanan adalah sangat jarang berlaku jadi doktor tidak akan memberi antibiotik sebaliknya membiarkan badan sembuh dengan sendiri selepas beberapa hari. Doktor anda juga boleh memberi preskripsi antiemetik untuk mengurangkan muntah.
Mengelakkan keracunan makanan