brand logo
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti

Kongsi

Panduan Lengkap Pemakanan Yang Boleh Diberi Untuk Bayi 0-12 Bulan, Ayuh Ibu Semak!

Masalah anak cerewet makan bukanlah satu perkara asing buat ibu bapa. Lazimnya, bayi akan mula memilih makan selepas usianya setahun. Yang menjadi kebimbangan ibu bapa adalah tentang keperluan nutrisi bayi mereka; adakah bayi mendapat nutrisi yang secukupnya jika memilih makan? Bagi mengelakkan masalah bayi cerewet makan, mereka perlu didedahkan kepada pemakanan berkhasiat sejak awal lagi, iaitu sebaik sahaja usianya mencecah 6 bulan. Pemberian makanan separa pejal seperti puri buah-buahan dan sayur-sayuran adalah yang terbaik untuk bayi anda ketika ini. Dalam memperkenalkan bayi kepada makanan baru, anda perlu lakukannya secara berperingkat.

Panduan Lengkap Pemakanan Yang Boleh Diberi Untuk Bayi 0-12 Bulan, Ayuh Ibu Semak!

Panduan Pemakanan Bayi 0-2 tahun

Peringkat umur bayiMakanan yang boleh diberikanKeterangan
0-6 bulanSusu ibu/ susu formula

 

Bayi hanya diberikan susu ibu atau susu formula sahaja ketika ini.
6-8 bulanMakanan separa pejal seperti puri ataupun bahan yang dilenyek halus. Contohnya: pisang, buah pear, buah epal, aprikot, prun, avokado, lobak merah, ubi kentang
 
Penyediaan puri bayi boleh dilakukan dengan cara mengukus atau merebus dahulu buah/ sayur sehingga lembut. Kemudian, baru dikisar sehingga menjadi puri.
Anda boleh menambah susu badan/ susu formula pada puri bagi menarik si manja anda makan.
8-12 bulanSemakin si manja anda membesar, anda boleh berikannya makanan yang dikisar kasar supaya dapat membantu bayi belajar mengunyah.
Apabila bayi anda sudah pandai menggenggam barang, anda boleh tawarkannya makanan kudapan atau finger food seperti buah lembut yang dipotong kecil, pasta yang sudah dimasak
Semasa memperkenalkan bayi anda kepada makanan baharu, cuba tawarkan sesudu kecil dahulu. Jika anda lihat dia selesa dengan rasa tersebut, tawarkannya kepada satu sudu besar pula.
Berhati-hati semasa memberikan anak buahan potong, dikhuatiri dia tercekik.

Kanak-kanak berusia dua tahun ke atas memerlukan jenis makanan yang sama seperti orang dewasa seperti daging, ikan, telur, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran, serta bijirin penuh, ubi kentang, nasi, roti, pasta.

Jika bayi anda sudah pandai memilih makan, apa yang anda boleh lakukan adalah memastikan si kecil mendapat makanan yang berkhasiat setiap hari.

Anda boleh juga tawarkannya makanan snek atau kudapan yang pasti akan menjadi kegemaran si kecil. Selitkan juga makanan berkhasiat di dalam hidangan yang digemarinya dengan mempelbagaikan rasa dalam hidangan tersebut.

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak oleh PakarDr. Aisyah Syahira Abdul HamidDokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/05/2022