brand logo
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti

Kongsi

“Dequervain's Tenosynovitis”: Sakit Pada Ibu Jari Selepas Bersalin

Apakah itu “Dequervain’s Tenosynovitis”?

“Dequervain's Tenosynovitis”: Sakit Pada Ibu Jari Selepas Bersalin

Apakah punca “Dequervain’s Tenosynovitis”?

Sehingga kini, pakar perubatan juga tidak mengetahui punca kondisi ini berlaku. Akan tetapi, mereka menyimpulkan bahawa kemungkinan kondisi ini berlaku adalah disebabkan perkara-perkara berikut:

  • Kehamilan
  • Hentakan yang kuat pada ibu jari
  • Terlalu kerap bermain permainan video terutamanya yang menggunakan joystick
  • Terlalu kerap bermain sukan yang menggunakan raket
  • Hobi seperti berkebun
  • Aktiviti pekerjaan yang terlalu kerap terutamanya yang menggunakan komputer/komputer riba
  • Kondisi seperti rheumatoid arthritis

Apakah simptom “Dequervain’s Tenosynovitis”?

Sekiranya ia berlaku kepada anda, anda mungkin akan perasan beberapa simptom yang berikut, antaranya:

  • Sakit pada bahagian belakang ibu jari dan meliputi dua tendon utama
  • Ibu jari membengkak
  • Pergelangan tangan membengkak

Paling teruk, ia mungkin akan merebakkan kesakitan sehingga ke bahagian lengan. Disebabkan itu, anda disarankan untuk tidak menggerakkan kawasan yang sakit bagi mengelak ia menjadi lebih teruk.

Apakah rawatan “Dequervain’s Tenosynovitis”?

Menurut doktor, rawatan yang paling terbaik untuk merawat kondisi ini adalah rawatan fisioterapi. Pertama sekali, pakar fisio akan melakukan penilaian pada tangan anda. Kemudian mereka akan melakukan pelbagai prosedur yang boleh mambantu anda untuk meningkatkan fleksibiliti otot dan kekuatan otot. Ini bertujuan untuk membantu anda melegakan atau mengurangkan kesakitan. Antara prosedur yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Rawatan ais
  • Elektroterapi
  • Senaman untuk meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan ibu jari dan pergelangan tangan
  • Membalut tangan dengan plaster

Selain itu, pakar perubatan juga akan mengajar anda bagaimana untuk mengelakkan pergerakan yang berulang-ulang pada ibu jari atau pergelangan tangan atau penggunaan tenaga yang terlalu kuat dan meletakkan tangan pada kedudukan yang salah. Jika kondisi ini berlarutan menjadi lebih teruk, anda mungkin akan memerlukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan tendon pada ibu jari dan pergelangan tangan anda.

Sila lihat pautan video berikut untuk mengetahui senaman yang boleh dilakukan untuk melegakan atau mengurangkan kesakitan yang berpunca daripada sindrom “Dequervain’s Tenosynovitis”.

sumber: saluran Youtube Healing Hands Rehabilitation, Inc

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Disemak oleh PakarDr. Muhamad Firdaus RahimDokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/07/2022